Tuesday, February 22, 2011

NAB Public Ittikal Naik Melebihi 200% Tempoh 10 Tahun (2001 - 2010)


NAB (Net Aset Bersih) dana Public Ittikal naik melebihi 200% sejak 10 tahun lepas bermula Jan 2001 hingga Dis 2010. Secara purata dana Ittikal memberi pulangan 20% setahun untuk tempoh tersebut.

Monday, February 21, 2011

Dividen KWSP 5.8 % bagi tahun berakhir 2010

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 yang meningkat 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia sekali gus merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai iaitu RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, pencapaian itu menggambarkan tahun memberangsangkan yang mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan tersebut mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

"Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada 2010 dijana terutama daripada prestasi pelaburan ekuiti.

"Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun," jelasnya.

Samsudin memberitahu, bayaran dividen berkenaan diperoleh setelah ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran.

Tambahnya, ekuiti merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP yang mewakili 45.45 peratus bagi 2010 iaitu berjumlah RM10.94 bilion berbanding RM4.85 bilion pada 2009 dengan peningkatan sebanyak 125.69 peratus.

Sunday, February 20, 2011

Dividen Bank Rakyat 15 peratus untuk tahun 2010

KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus yang akan dibayar pada Isnin ini.

Berita baik kepada seramai 794,199 ahli yang terdiri daripada individu dan koperasi itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sebanyak RM299 juta dividen tunai itu akan dibayar kepada semua ahli pada 22 Februari nanti,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam bagi mengumumkan Prestasi Kewangan Bank Rakyat dan Dividen bagi tahun berakhir 31 Disember 2009.

Tuesday, February 15, 2011

Dana Public Ittikal vs KLCI (2006 - 2010)


Public Ittikal memberi pulangan sebanyak 76% untuk tempoh 5 tahun bermula 1 Januari 2006 hingga 31 Disember 2010.

Friday, February 11, 2011

Public Ittikal Naik 54% Tempoh 2 Tahun (2009 - 2010)


Prestasi dana Public Ittikal amat baik untuk tempoh 2 tahun lepas (Jan 2009 - Dis 2010), memberi pulangan sebanyak 54.7%.

Saturday, February 5, 2011

Dana Public Ittikal Jatuh 35% Tahun 2008.


Akibat krisis ekonomi seluruh dunia pada tahun 2008, nilai dana Public Ittikal turut mengalami kejatuhan sehingga -35%.

Wednesday, February 2, 2011

Dana Public Ittikal Naik 14% Tahun 2010


Dana Public Ittikal naik 14% untuk tempoh setahun 2010, iaitu lebih rendah berbanding indeks KLCI, tapi lebih baik berbanding dividen+bonus ASB (7.625%).

Tuesday, February 1, 2011