Wednesday, December 21, 2011

Dividen ASB 2011 7.65 sen dan Bonus 1.15 sen

Tahun 2011, ASNB mengumumkan dividen ASB meningkat sedikit iaitu 7.65 sen dan bonus 1.15 sen.

Petikan penuh Berita Harian Online:

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.

Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

“Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. 
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.

Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.

Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.

Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.

Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.

“Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini,” katanya.

Wednesday, November 30, 2011

Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga November 2011

Tidak banyak perubahan berlaku pada bulan November untuk dana Syariah Index, w/pun ia kembali selepas jatuh teruk pada bulan September. Pergerakan harga di pasaran saham bergerak pada julat yang agak sempit.

Monday, October 31, 2011

Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga Oktober 2011

Bulan Oktober ini menyaksikan dana MAAKL Syariah Index telah kembali pulih. Pelabur yang ada membeli unit pada harga terendah pada penghujung bulan September pasti telah mendapat pulangan yang lumayan, kerana harga seunit Syariah Index telah naik melebihi 10%.

Sunday, October 30, 2011

Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga Oktober 2011

Bulan Oktober ini menyaksikan dana MAAKL Syariah Index telah kembali pulih. Pelabur yang ada membeli unit pada harga terendah pada penghujung bulan September pasti telah mendapat pulangan yang lumayan, kerana harga seunit Syariah Index telah naik melebihi 10%.

Thursday, September 29, 2011

Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga Sep 2011

Bulan September 2011 menyaksikan pasaran saham menjunam teruk. Tidak ada yang terkecuali termasuklah Bursa Malaysia. Ia menyaksikan nilai dana ekuiti Syariah Index jatuh sebanyak -8.48%, walaupun ia lebih baik berbanding indeks KLCI yang jatuh lebih teruk iaitu -10.56%.

Friday, August 19, 2011

Dividen ASW2020 2011 6.5 sen

ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan 6.5 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2011. Ini merupakan kenaikan 0.15 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan 6.35 sen seunit tahun lalu. Pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM909.05 juta, iaitu peningkatan 17.72 peratus berbanding jumlah pembayaran RM772.19 juta pada tahun sebelumnya.
Sehingga 15 Ogos 2011, ASW 2020 telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM1.158 bilion.Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minima bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASW 2020, iaitu mulai 1 September, 2010 sehingga 31 Ogos 2011.Pengagihan pendapatan akan mula dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September tahun ini.

Tuesday, July 12, 2011

Prestasi PIEF 6 Bulan 2011 4.98%

Dana PIEF memberi pulangan sebanyak 4.98% untuk tempoh 6 bulan pertama 2011.