Tuesday, March 8, 2011

Pakej Easy-ASB 2011

Pakej Easy-ASB terkini oleh RHB menawarkan promosi yang sangat menarik. Kini pelabur hanya perlu membayar kadar minimum (bayar faedah sahaja) untuk 5 tahun pertama. Ini bermakna, kadar pulangan ASB akan semakin tinggi.

Untuk pinjaman 100K misalnya, bayaran bulanan hanyalah RM450, iaitu berjumlah RM5400 setahun. Dengan kadar dividen ASB 7.5%, pulangan ASB melalui pakej Easy-ASB akan melebihi 40%.

Contoh pengiraan:

Kadar dividen ASB: 7.5%
Bonus: 1.25%
Amaun pinjaman: 100K

Kos pinjaman: RM450 x 12 bulan = RM5400
Amaun dividen + bonus: 100K x 7.625% = RM7625

Kadar peratus pulangan: RM7625/RM5400 - 1 = 41.2%

Jelas, pulangan yang sangat lumayan untuk skim pelaburan yang risikonya sangat rendah. Marilah melabur dalam ASB melalui Easy-ASB.

1 comment:

  1. erm... boleh terminate orverdraf saya ni... senang maintain ckit dari manipulasi teknik OD.

    ReplyDelete