Friday, September 3, 2010

Jutawan ASB

Berapa ramai pelabur yang telah menjadi jutawan dengan melabur dalam ASB? Untuk menjawab persoalan ni, boleh rujuk laporan tahunan asb bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2009.

Dalam laporan tersebut seramai 7,324 orang pelabur mempunyai pegangan unit sebanyak 500K ke atas. Jika hanya 10% daripada kalangan pelabur ini mempunyai pegangan unit melebihi 1 juta, maka bilangan jutawan adalah sekitar 73 orang. Tapi saya percaya bilangan jutawan adalah sekitar 50% ke atas. Ini kerana bilangan terkumpul pegangan unit bagi kategori pelabur ini melebihi 4.6 bilion. Secara purata setiap pelabur dalam kategori ini mempunyai pegangan unit asb melebihi 630K.

Anda pula dalam kategori mana?

No comments:

Post a Comment