Sunday, January 27, 2013

Prestasi 3 Tahun (2010 - 2012) MAAKL Syariah Index vs KLCI

Tempoh 3 tahun, 2010 sehingga 2012, menyaksikan prestasi unit trust yang sangat cemerlang walaupun berlaku beberapa "correction".

Dana Syariah Index memberikan pulangan 39.42%, manakala KLCI pula 32.39%. Rally bullish kali ini sangat panjang bermula sejak 2009, selepas berlaku "major correction" pada tahun 2008. Maknanya, rally telah memasuki tahun ke-5 pada tahun ini 2013.

Bilakah akan berlaku major selling selepas ini? Adakah tahun 2013 atau 2014. Atau sehingga 2015. Pasti akan berlaku major selling, cuma persoalannya bila?


Wednesday, January 2, 2013

Syariah Index 14.83% vs KLCI 11.59% untuk 2012


Secara umumnya prestasi pasaran saham untuk tahun 2012 sangat cemerlang, walaupun berlaku tempoh panik sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Mei, September dan November.

Dana MAAKL Syariah Index sangat cemerlang dengan pulangan sebanyak 14.83%, manakala KLCI pula 11.59%.