Monday, June 4, 2012

Prestasi MAAKL Al-Fauzan Sehingga Mei 2012

Tidak ada sebarang pergerakan mendadak bagi dana Al-Fauzan sepanjang bulan Mei. Walaupun minggu ke-3 menyaksikan kejatuhan mendadak pasaran saham, tapi KLCI kembali pulih pada penghujung bulan Mei. Bulan Mei menyaksikan prestasi KLCI yang ternyata lebih cemerlang berbanding dengan pasaran saham serantau dan global. Dana Al-Fauzan memberi pulangan sebanyak 7.69% berbanding KLCI dengan 4.44% bagi tempoh 5 bulan iaitu Jan - Mei 2012.

Friday, June 1, 2012

Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga Mei 2012

Bulan Mei 2012, saham global jatuh teruk. KLCI agak bernasib baik kerana kadar penurunan yang lebih sederhana. Menariknya KLCI kembali pulih pada penghujung bulan Mei. Jadi untuk tempoh 5 bulan pertama 2012, dana Syariah Index memberi pulangan sebanyak 5.52% berbanding KLCI dengan 4.44%.