Wednesday, April 27, 2011

Harga Perak Mac 2011

Monday, April 18, 2011

Harga Emas pada Harga Tertinggi dalam Sejarah

Jumaat lepas, harga emas telah mencapai rekod tertinggi dalam sejarah. Ini ekoran daripada krisis politik di Timur Tengah yang masih berterusan, krisis hutang negara PIGS di eropah, akaun defisit US yang semakin meruncing, bencana yang melanda Jepun, dan kebimbangan terhadap nilai dolar yang semakin turun.

Tuesday, April 12, 2011

Notis Penting Saham Bank Rakyat

Mungkin ada yang mengambil kesempatan sehingga Bank Rakyat terpaksa mengeluarkan notis berikut:



NOTIS PENTING SAHAM BANK RAKYAT12/4/11
Lanjutan pengumuman penambahan saham Bank Rakyat baru-baru ini, pelanggan dan mereka yang berminat boleh melanggan/mendapatkan saham ini di semua cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.
Bagaimanapun, Bank Rakyat TIDAK MELANTIK mana-mana INDIVIDU/SYARIKAT bagi mengedarkan borang, mengutip wang tunai/cek bagi tujuan pemilikan saham ini.
Adalah dimaklumkan bahawa semua proses untuk memiliki SAHAM BANK RAKYAT hanya boleh dilakukan di CAWANGAN BANK RAKYAT SAHAJA.
Sila hubungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran anda untuk sebarang pertanyaan atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat 1-300-88-1BANK (12265).


Monday, April 11, 2011

Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat 1Aslah

PERSONAL FINANCING-i 1ASLAH
Our personal financing facility can assist individuals in meeting financial obligations e.g. down payments for a car, houses, home renovations and others.
Concept
Bai-Al’inah
Eligibility
  • Malaysian citizens between the ages of 18 and 55 years (58 years old - government employees only)
  • Government employees with a minimum income of RM700.00
  • Private sector employees with an income of RM3000.00
  • Employees in service for not less than 3 years
Quantum of Financing
Financing of up to RM200,000.00* or monthly deductions not exceeding 60% of gross monthly income
Repayment Period
Maximum of 20 years
Repayment Method
  • 'Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)'
  • Employee Salary Deduction
  • Savings Account Deduction
Special Features
  • Low monthly instalment
  • Fast Approval
  • No guarantor and collateral*
  • Profit rate as low as 3.25%
    *Terms and conditions apply

Saturday, April 9, 2011

Harga Emas Naik 26% (1 Tahun)

Setakat 8 April 2011 (tempoh 1 tahun), harga emas telah naik sebanyak 26%. Prestasi yang amat cemerlang dan sungguh menggembirakan bagi pelabur-pelabur emas.

Friday, April 8, 2011

Harga Perak Naik 100% (1 Tahun)

Berbanding logam yang lebih berharga iaitu emas, kenaikan harga perak adalah lebih ketara untuk tempoh 1 tahun sehingga 8 April 2011. Harga perak naik melebihi 100%. Cuma pelaburan perak masih kurang popular kerana dianggap logam yang kurang berharga berbanding emas.

Thursday, April 7, 2011

PBIAEF -1.71% Suku 1 Tahun 2011

Prestasi PB Islamic Asia Equity Fund (PBIAEF) banyak dipengaruhi oleh berita bencana yang menimpa Jepun. Ini terbukti apabila harga dana PBIAEF jatuh melebihi -7% pada pertengahan Mac. Tapi ia kembali pulih dengan mendadak pada 15 hari terakhir bulan Mac, dan ini membantu mengurangkan sedikit kejatuhan harga. Pelabur yang membeli selepas jualan panik pada bulan Mac, pasti dapat mendapat untung serta merta.

Wednesday, April 6, 2011

Pubic Asia Ittikal Fund -2.78% (Suku 1 Tahun 2011)

Prestasi PAIF agak kurang memuaskan untuk suku pertama tahun 2011. Ia jatuh sehingga melebihi -7% sebelum pulih pada 2 minggu terakhir bulan Mac. Dana ini sesuai bagi pelabur yang yakin ekonomi terutamanya rantau Asia Pasifik akan kembali pulih cepat.

Tuesday, April 5, 2011

PIOF 1.58% (Jan - Mac 2011)

Dana Public Opportunity Fund memberi pulangan sebanyak 1.58% untuk tempoh 3 bulan pertama 2011. Dana PIOF lebih sesuai untuk pelabur yang gemar membuat market timing kerana ciri volatiliti yang agak tinggi. Perhatikan, dana PIOF naik melebihi 6% daripada paras terendah pada pertengahan bulan Mac hingga hujung Mac.

Monday, April 4, 2011

Public Islamic Select Enterprises Fund 5.21% (Suku Pertama 2011)

PISEF adalah antara dana yang memberi pulangan terbaik bagi suku pertama 2011 apabila memberi pulangan sebanyak 5.21% (tempoh 3 bulan). Prestasi yang cemerlang ini disebabkan pemilihan kaunter yang agak baik dan terhad bilangannya. Ketika pasaran seluruh dunia menjunam pada hujung Januari hingga awal Mac, dana PISEF masih berada pada paras positif. Suatu prestasi yang memang cemerlang.

Saturday, April 2, 2011

PBIEF 1.83% (3 Bulan, Jan - Mac 2011)

Prestasi dana PB Islamic Equity Fund (PBIEF) untuk 3 bulan pertama tahun 2011 agak sederhana dengan memberi pulangan sebanyak 1.83%. Namun bagi pelabur yang dapat membeli pada paras terendah pada bulan Mac, PBIEF memberi pulangan melebihi 4%, iaitu untuk tempoh kurang sebulan. Maknanya, faktor market timing amat penting, walaupun ia sesuatu yang agak sukar kalaupun tidak mustahil untuk dilakukan.

Friday, April 1, 2011

Public Ittikal 3.46% (Suku Pertama 2011)

Prestasi Public Ittikal untuk suku tahun pertama (3 bulan, 3 Jan - 31 Mar) 2011 agak memuaskan. Dana Ittikal memberi pulangan sebanyak 3.46% selaras dengan kejatuhan saham pada bulan Feb dan awal Mac.