Friday, September 3, 2010

Jutawan ASB

Berapa ramai pelabur yang telah menjadi jutawan dengan melabur dalam ASB? Untuk menjawab persoalan ni, boleh rujuk laporan tahunan asb bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2009.

Dalam laporan tersebut seramai 7,324 orang pelabur mempunyai pegangan unit sebanyak 500K ke atas. Jika hanya 10% daripada kalangan pelabur ini mempunyai pegangan unit melebihi 1 juta, maka bilangan jutawan adalah sekitar 73 orang. Tapi saya percaya bilangan jutawan adalah sekitar 50% ke atas. Ini kerana bilangan terkumpul pegangan unit bagi kategori pelabur ini melebihi 4.6 bilion. Secara purata setiap pelabur dalam kategori ini mempunyai pegangan unit asb melebihi 630K.

Anda pula dalam kategori mana?

Thursday, September 2, 2010

Pulangan Easy-ASB 30%

Antara pelaburan yg paling selamat dan memberi pulangan yg lumayan adalah asb. Tapi kena tau caranya. Percaya atau tidak, melabur dalam asb melalui loan asb akan memberi pulangan sehingga 30%. Bagaimana? Mudah sahaja iaitu dengan melabur menggunakan pakej Easy-RHB yang ditawarkan oleh RHB. Dengan pakej ini, pelabur hanya membayar interest untuk 5 tahun pertama.

Pengiraannya:
Loan: 100K
Tempoh: 5 (bayar interest sahaja) + 20 (termasuk principal).
Bulanan: RM450 (5 tahun pertama), RM677 (20 tahun kemudian).

Kos setahun: 450 x 12 = RM5400
Dividen 7%: 100K x 7% = RM7000
Peratus untung: (7000/5400) - 1 = 30%

Setakat ni saya belum jumpa sebarang pelaburan yg boleh memberi pulangan sehingga 30% dengan risiko yg hampir zero. Malah melebihi 30% sebab dividen asb buat masa ini sekitar 7.5 sen atau lebih. Jadi kalau anda layak dan mampu, apa tunggu lagi.

Yg lebih menarik, locking period pakej easy-asb ni hanyalah 5 tahun. Maknanya selepas genap 5 tahun, ada pilihan untuk terminate. Kemudian apply semula supaya dapat pakej yg bayar interest sahaja.