Friday, August 19, 2011

Dividen ASW2020 2011 6.5 sen

ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan 6.5 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2011. Ini merupakan kenaikan 0.15 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan 6.35 sen seunit tahun lalu. Pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM909.05 juta, iaitu peningkatan 17.72 peratus berbanding jumlah pembayaran RM772.19 juta pada tahun sebelumnya.
Sehingga 15 Ogos 2011, ASW 2020 telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM1.158 bilion.Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minima bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASW 2020, iaitu mulai 1 September, 2010 sehingga 31 Ogos 2011.Pengagihan pendapatan akan mula dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September tahun ini.