Sunday, January 27, 2013

Prestasi 3 Tahun (2010 - 2012) MAAKL Syariah Index vs KLCI

Tempoh 3 tahun, 2010 sehingga 2012, menyaksikan prestasi unit trust yang sangat cemerlang walaupun berlaku beberapa "correction".

Dana Syariah Index memberikan pulangan 39.42%, manakala KLCI pula 32.39%. Rally bullish kali ini sangat panjang bermula sejak 2009, selepas berlaku "major correction" pada tahun 2008. Maknanya, rally telah memasuki tahun ke-5 pada tahun ini 2013.

Bilakah akan berlaku major selling selepas ini? Adakah tahun 2013 atau 2014. Atau sehingga 2015. Pasti akan berlaku major selling, cuma persoalannya bila?


Wednesday, January 2, 2013

Syariah Index 14.83% vs KLCI 11.59% untuk 2012


Secara umumnya prestasi pasaran saham untuk tahun 2012 sangat cemerlang, walaupun berlaku tempoh panik sebanyak 3 kali iaitu pada bulan Mei, September dan November.

Dana MAAKL Syariah Index sangat cemerlang dengan pulangan sebanyak 14.83%, manakala KLCI pula 11.59%.

Tuesday, December 4, 2012

MAAKL Syariah Index masih cemerlang sehingga November 2012

Prestasi dana Syariah Index masih cemerlang walaupun bulan November 2012 menyaksikan aksi KLCI yang sangat mendebarkan apabila berlakunya jualan besar-besaran oleh peserta pasaran saham. Syariah Index masih mampu mengekalkan pulangan 9.11% untuk tahun 2012 setakat ini.

Untuk tempoh yang sama, dana Shariah Progress lebih cemerlang dengan pulangan sebanyak 13.38%.


Monday, November 5, 2012

MAAKL Syariah Index 13.81% sehingga Oktober 2012

Dana Syariah terus memberikan prestasi yang sangat cemerlang dengan pulangan sebanyak 13.81%. Selain itu dana Shariah Progress lebih cemerlang dengan pulangan 15.62% untuk tempoh yang sama.


Sunday, October 21, 2012

Prestasi Syariah Index 9 bulan 2012

Bagi tempoh 9 bulan 2012, dana Syariah Index memberi pulangan sebanyak 12.62%. Dana bond As-Saad pula memberi pulangan sebanyak 3.39% untuk tempoh yang sama.


Wednesday, October 3, 2012

Prestasi MAAKL Al-Fauzan sehingga 30 Sep 2012

Dana Al-Fauzan memberi pulangan sebanyak 16.57% untuk tempoh sehingga 30 Sep 2012. Indeks FBMKLCI pula memberi pulangan sebanyak 8.13% untuk tempoh yang sama.


Monday, September 10, 2012

Pulangan Syariah Index 12.2% sehingga 31 Ogos 2012

Sehingga 31 Ogos 2012, dana MAAKL Syariah Index memberi pulangan sebanyak 12.2% berbanding KLCI yang hanya memberi pulangan sebanyak 8.76%.