Tuesday, April 12, 2011

Notis Penting Saham Bank Rakyat

Mungkin ada yang mengambil kesempatan sehingga Bank Rakyat terpaksa mengeluarkan notis berikut:



NOTIS PENTING SAHAM BANK RAKYAT12/4/11
Lanjutan pengumuman penambahan saham Bank Rakyat baru-baru ini, pelanggan dan mereka yang berminat boleh melanggan/mendapatkan saham ini di semua cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.
Bagaimanapun, Bank Rakyat TIDAK MELANTIK mana-mana INDIVIDU/SYARIKAT bagi mengedarkan borang, mengutip wang tunai/cek bagi tujuan pemilikan saham ini.
Adalah dimaklumkan bahawa semua proses untuk memiliki SAHAM BANK RAKYAT hanya boleh dilakukan di CAWANGAN BANK RAKYAT SAHAJA.
Sila hubungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran anda untuk sebarang pertanyaan atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat 1-300-88-1BANK (12265).


No comments:

Post a Comment