Prestasi dana Syariah Index masih cemerlang walaupun bulan November 2012 menyaksikan aksi KLCI yang sangat mendebarkan apabila berlakunya jualan besar-besaran oleh peserta pasaran saham. Syariah Index masih mampu mengekalkan pulangan 9.11% untuk tahun 2012 setakat ini.
Untuk tempoh yang sama, dana Shariah Progress lebih cemerlang dengan pulangan sebanyak 13.38%.
Tuesday, December 4, 2012
Monday, November 5, 2012
MAAKL Syariah Index 13.81% sehingga Oktober 2012
Dana Syariah terus memberikan prestasi yang sangat cemerlang dengan pulangan sebanyak 13.81%. Selain itu dana Shariah Progress lebih cemerlang dengan pulangan 15.62% untuk tempoh yang sama.
Sunday, October 21, 2012
Prestasi Syariah Index 9 bulan 2012
Bagi tempoh 9 bulan 2012, dana Syariah Index memberi pulangan sebanyak 12.62%. Dana bond As-Saad pula memberi pulangan sebanyak 3.39% untuk tempoh yang sama.
Wednesday, October 3, 2012
Prestasi MAAKL Al-Fauzan sehingga 30 Sep 2012
Dana Al-Fauzan memberi pulangan sebanyak 16.57% untuk tempoh sehingga 30 Sep 2012. Indeks FBMKLCI pula memberi pulangan sebanyak 8.13% untuk tempoh yang sama.
Monday, September 10, 2012
Pulangan Syariah Index 12.2% sehingga 31 Ogos 2012
Sehingga 31 Ogos 2012, dana MAAKL Syariah Index memberi pulangan sebanyak 12.2% berbanding KLCI yang hanya memberi pulangan sebanyak 8.76%.
Monday, September 3, 2012
Prestasi MAAKL Al-Fauzan sehingga 31 Ogos 2012
Prestasi dana Al-Fauzan sehingga 31 Ogos 2012 sangat cemerlang dengan pulangan sebanyak 17.17%. Sebagai perbandingan dana bond As-Saad pula memberi pulangan sebanyak 3.15% untuk tempoh yang sama.
Monday, August 6, 2012
Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga 31 Julai 2012
Dana Syariah Index memberi pulangan sebanyak 10.85% sehingga 31 Julai 2012. Untuk tempoh yang sama KLCI memberi pulangan 7.8%.
Friday, August 3, 2012
Pulangan Dana Al-Fauzan 15% sehingga Jul 2012
Prestasi dana MAAKL Al-Fauzan untuk tempoh 7 bulan pertama 2012 sangat cemerlang dengan pulangan 15.09% berbanding KLCI 7.8%.
Tuesday, July 10, 2012
Prestasi MAAKL Al-Fauzan Tempoh 6 Bulan 2012
Tempoh 6 bulan pertama 2012 menyaksikan prestasi dana Al-Fauzan yang sangat cemerlang dengan pulangan 10.81% berbanding KLCI 5.66%. Ini menjadikan dana Al-Fauzan antara dana terbaik setakat Jun 2012.
Sunday, July 1, 2012
Prestasi MAAKL Syariah Index 6 Bulan 2012
Bursa Malaysia lebih cemerlang berbanding saham serantau dan global. KLCI terus cemerlang untuk 6 bulan pertama 2012. Dana Syariah Index memberi pulangan sebanyak 8.44% mengatasi KLCI yang naik sebanyak 5.66%.
Monday, June 4, 2012
Prestasi MAAKL Al-Fauzan Sehingga Mei 2012
Tidak ada sebarang pergerakan mendadak bagi dana Al-Fauzan sepanjang bulan Mei. Walaupun minggu ke-3 menyaksikan kejatuhan mendadak pasaran saham, tapi KLCI kembali pulih pada penghujung bulan Mei. Bulan Mei menyaksikan prestasi KLCI yang ternyata lebih cemerlang berbanding dengan pasaran saham serantau dan global.
Dana Al-Fauzan memberi pulangan sebanyak 7.69% berbanding KLCI dengan 4.44% bagi tempoh 5 bulan iaitu Jan - Mei 2012.
Friday, June 1, 2012
Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga Mei 2012
Bulan Mei 2012, saham global jatuh teruk. KLCI agak bernasib baik kerana kadar penurunan yang lebih sederhana. Menariknya KLCI kembali pulih pada penghujung bulan Mei. Jadi untuk tempoh 5 bulan pertama 2012, dana Syariah Index memberi pulangan sebanyak 5.52% berbanding KLCI dengan 4.44%.
Tuesday, May 8, 2012
Prestasi MAAKL Al-Fauzan Sehingga April 2012
Dana Al-Fauzan jauh mengatasi KLCI dengan pulangan sebanyak 7.88% berbanding KLCI 3.77% untuk tempoh 4 bulan iaitu Jan - April 2012.
Tuesday, May 1, 2012
Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga April 2012
Pergerakan saham pada bulan April agak lembap. Kesannya nilai dana MAAKL Syariah Index merosot sedikit. Untuk tempoh 4 bulan, Jan - April 2012, dana Syariah index memberi pulangan sebanyak 4.61% mengatasi KLCI yang naik sebanyak 3.77%.
Monday, April 9, 2012
Prestasi MAAKL Al-Fauzan Sehingga Mac 2012
Dana Al-Fauzan terus mengatasi KLCI dengan pulangan sebanyak 7.11% berbanding KLCI 5.47% untuk tempoh 3 bulan iaitu Jan - Mac 2012.
Sunday, April 1, 2012
Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga Mac 2012
Bulan Mac menyaksikan pergerakan dana Syariah Index yang kian meningkat walaupun pada kadar yang lebih perlahan. Untuk tempoh 3 bulan, Jan hingga Mac 2012, dana Syariah Index memberi pulangan sebanyak 5.42%. KLCI pula lebih tinggi sedikit iaitu 5.47%.
Tuesday, March 6, 2012
Prestasi MAAKL Al-Fauzan Sehingga Februari 2012
Dana Al-Fauzan terus cemerlang dengan pulangan sebanyak
6.01% untuk tempoh 2 bulan iaitu Jan - Feb 2012.
Thursday, March 1, 2012
Prestasi MAAKL Syariah Index sehingga Februari 2012
Prestasi MAAKL Syariah Index untuk tempoh 2 bulan, bermula 3 Jan 2012 hingga 29 Februari 2012. Dana Syariah Index memberi pulangan yang lebih tinggi iaitu 4.95% berbanding KLCI dengan pulangan 3.71%.
Friday, February 3, 2012
Prestasi MAAKL Al-Fauzan Januari 2012
Dana Al-Fauzan memberikan pulangan sebanyak 3.2% untuk tempoh 1 bulan iaitu pada bulan Januari 2012.
Wednesday, February 1, 2012
Wednesday, January 11, 2012
Prestasi Harga Emas Spot 2011
Harga emas spot telah naik daripada USD1388.50 kepada USD1531.00, iaitu kenaikan sebanyak 10.26% bagi tahun 2011. Ia kenaikan yang agak sederhana berbanding dengan tahun-tahun yang lepas.
Saturday, January 7, 2012
Prestasi PBIBF 2011 9.32%
Antara dana Unit Trust yang cemerlang sepanjang 2011 adalah dana bond PBIBF yang memberi pulangan sebanyak 9.32%. Memang agak cemerlang ketika pasaran saham merudum.
Friday, January 6, 2012
Prestasi Public Ittikal 2011
Prestasi Public Ittikal untuk tahun 2011 agak hambar apabila tidak mampu mengatasi penanda aras FBMS. Dana Ittikal hanya mampu memberi pulangan negatif iaitu -1.62%.
Thursday, January 5, 2012
Prestasi MAAKL Al-Faid 2011
Prestasi dana ekuiti Al-Faid untuk tahun 2011 agak kurang cemerlang apabila tidak mampu mengatasi indeks KLCI. Dana Al-Faid memberikan pulangan yang lebih rendah iaitu -1.52% berbanding indeks KLCI yang memberi pulangan -0.18%.
Wednesday, January 4, 2012
Prestasi Dana Bond MAAKL As-Saad 2011
Tahun 2011 menyaksikan dana bond mengatasi dana ekuiti. Ia suatu yg jarang berlaku. Pulangan As-Saad untuk tahun 2011 adalah 4.64% berbanding dana ekuiti Syariah Index yg memberi pulangan sebanyak 3.62%.
Tuesday, January 3, 2012
Prestasi MAAKL Syariah Index 2011
Prestasi dana Syariah Index untuk tahun 2011 adalah lebih baik berbanding indeks KLCI. Ia agak rendah selaras dengan pergerakan pasaran saham global yang merudum ekoran krisis hutang di US dan negara-negara Eropah. Untuk tahun 2011, dana Syariah Index memberi pulangan 3.62%, berbanding indeks KLCI yang memberi pulangan negatif iaitu -0.18%.
Subscribe to:
Posts (Atom)