Sunday, October 24, 2010

PELABURAN ASB ATAU SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

MAKLUMAT TABUNG

Nama Tabung SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)
Jenis Pendapatan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 2 Januari 1990
Objektif Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

Kelayakan Bumiputera Malaysia.
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Remaja ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun ke bawah).

Pengurus PelaburanPermodalan Nasional Berhad (PNB)

MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga Seunit RM 1.00
Bentuk Pelaburan
  • Buku Pelaburan
  • Sijil

Pelaburan Permulaan Minimum
  • Buku Pelaburan - 10 unit
Pelaburan Tambahan Minimum
  • Buku Pelaburan - 1 unit
  • Sijil - Gandaan 1,000 unit

Pelaburan Maksimum
  • Akaun Dewasa - 200,000 unit
  • Akaun Remaja - 10,000 unit

Saiz Tabung Tiada had.
Caj Jualan Tiada
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta-merta
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember

PRESTASI TABUNG

Tahun Berakhir 31 Disember
2007
2008
2009
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
8.00
7.00
7.30
Bonus Seunit (sen)
1.00
1.75
1.25

Sumber: Petikan dari laporan tahunan Skim Amanah Saham Bumiputera yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.

No comments:

Post a Comment