Tuesday, December 7, 2010

Keajaiban Compounded Interest

Albert Enstein pernah mengatakan COMPOUNDED INTEREST adalah “The eigth wonder of the world” atau “Keajaiban ke-8 dunia”. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan istilah compounded interest ini?

Secara ringkasnya, ia adalah nilai terkumpul yang akan diperolehi untuk tempoh tertentu dengan kadar faedah yang tertentu. Sebagai contoh, jika anda menyimpan wang secara simpanan tetap atau “fixed deposit” di bank sebanyak RM1,000 dengan kadar faedah 4% setahun, berapakah nilai terkumpul yang akan anda perolehi selepas 10 tahun.

Menggunakan formula M x (1 + f)^t anda akan memperolehi 1000 x (1 + 0.04)^10 iaitu sebanyak RM1480, kenaikan 48% daripada modal asal.

M = Modal

f = Kadar faedah setahun

t = Tempoh dalam tahun

^ = Simbol gandaan

Perhatikan wang terkumpul yang akan diperoleh jika modal RM1,000.00 disimpan dengan dengan kadar faedah berlainan dan tempoh dilanjutkan sehingga 30 tahun.

Kadar Faedah: Wang terkumpul

4%: RM3243
5%: RM4322
8%: RM10,063
10%: RM17,449
12%: RM29,960
15%: RM66,218
18%: RM143,371
22%: RM389,758
27%: RM1,300,504

Fakta menariknya, hanya Warren Buffett mampu mengekalkan kadar faedah 21.5% setiap tahun selama 40 tahun dari 1965-2005. Peter Lynch 29% selama 13 tahun iaitu 1977-1990, dan di Malaysia pengurus dana CDAM, Tan Teng Boo sebanyak 19.3% untuk 16 tahun dari 1991-2006. ASB pula antara 7-8% setakat ini.

Dengan ASB pun jika anda memiliki RM50,000 hari ini dan menyimpannya selama 40 tahun dengan kadar faedah 8% setahun, anda akan memperolehi RM1,086,226 (anda akan bergelar jutawan ASB). Kelemahan COMPOUNDED INTEREST pula, ia memerlukan masa, jadi anda perlulah menyimpan seawal yang mungkin.

No comments:

Post a Comment